Tuesday, February 3, 2009
sempoi,cool=kematangan
Kematangan meupakan sesuatu yang subjektif. Umat generasi muda mentafsir kematangan sebagai cool. Jika dahulu, seseorang yang punya sikap kedewasaan seperti pandai berkomunikasi, beretika, suka berbicara tentang isu semasa, dan mudah bergaul akan diannggap matang. Pendekatan pentafsiran perkataan matang ini telah berubah sejajar dengan kemodenan manusia. Anak-anak muda sekarang mengguna pakai perkataan cool sebagai memeperlihatkan kematangan dan kewibawaan seseorang. Apa sebenarnya kayu ukur atau elemen yang boleh kita katakan sebagai cool? Melalui pemerhatian, generasi sekarang melabel seseorang yang coo l mestilah bersikap gila-gila, riang tetapi ada kalanya serius, gemar berjenaka, suka muzik indie, berfikiran liberal atau tidak konservatif, dan juga semestinya gemar melepak serta banyak lagi elemen lain yang tidak mungkin saya sebutkan semuanya . Ini definisi matang bagi sebahagian anak-anak muda sekarang. Bagaimana dengan golongan sebaliknya? Adakah seseorang yang matang mengikut pentafsiran konservatif kini dianggap sebagai tidak cool atau skema? bagaimana sebenarnya gaya pemikiran atau falsafah yang dipegang anak muda sekarang? bersambung
Sunday, February 1, 2009
Ekonomi: Pelaburan
dalam merentas arus dunia kompetan masa kini, Malaysia menuju pesat ke arah sebuah negara maju menjelang 2020. gagasan ini cetusan tun dr mahathir yang bakal menobatkan Malaysia sebagai negara dunia pertama. untuk mencapai gagasan ini bukanlah suatu tugas yang mudah. ianya memerlukan semangat daya juang dan daya tahan yang luar biasa. jika diimbau sejarah, kebanyakan bangsa mengambil masa cukup lama untuk membina tamadun. Rome tidak dibina dalam masa sehari. kita memerlukan semangat menyeluruh yang berterusan.
pengurusan ekonomi yang baik merupakan suatu kayu ukur kepada negara maju. waktu ini, pertumbuhan ekonomi agak perlahan. ini adalah fakta. kita seharusnya tidak boleh berpuas hati dengan kadar pertumbuhan ekonomi sekarang. kini , kita hidup dalam khayalan. catat ekonomi lima peratus kita anggap sudah cukup tinggi dan sukses. ekonomi kita katakan cukup stabil. pada persidangan asean 2006, dalam indeks pelaburan kita nombor 4. angka ini mungkin lapuk dan tidak relevan tetapi sekadar untuk memberi peringatan bahawa ekonomi kita perlu diperkasakan.
sekitar 80an, kedudukan ekonomi kita setanding dengan korea selatan, taiwan dan singapura. sekarang?? negara-negara tersebut melonjak naik menjadi negara gergasi ekonomi. sebab itu, saya katakan kita harus tarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini dan galakkan pelabur2 tempatan untuk melabur semula dalam negara. ini pada hemat saya mampu menjana kekuatan ekonomi kita. suntikan pelaburan yang luar biasa bakal mengubah suatu bandar baru menjadi pesat membangun, sebuah pekan di pedalaman berubah menjadi bandar tumpuan, dan sebuah bandaraya menjadi kota metropolitan. pelaburan bukan sekadar menjana ekonomi, tetapi juga memberi pulangan kewangan kepada kerajaan dan rakyat yang akan mendapat manfaatnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)