Tuesday, February 3, 2009
sempoi,cool=kematangan
Kematangan meupakan sesuatu yang subjektif. Umat generasi muda mentafsir kematangan sebagai cool. Jika dahulu, seseorang yang punya sikap kedewasaan seperti pandai berkomunikasi, beretika, suka berbicara tentang isu semasa, dan mudah bergaul akan diannggap matang. Pendekatan pentafsiran perkataan matang ini telah berubah sejajar dengan kemodenan manusia. Anak-anak muda sekarang mengguna pakai perkataan cool sebagai memeperlihatkan kematangan dan kewibawaan seseorang. Apa sebenarnya kayu ukur atau elemen yang boleh kita katakan sebagai cool? Melalui pemerhatian, generasi sekarang melabel seseorang yang coo l mestilah bersikap gila-gila, riang tetapi ada kalanya serius, gemar berjenaka, suka muzik indie, berfikiran liberal atau tidak konservatif, dan juga semestinya gemar melepak serta banyak lagi elemen lain yang tidak mungkin saya sebutkan semuanya . Ini definisi matang bagi sebahagian anak-anak muda sekarang. Bagaimana dengan golongan sebaliknya? Adakah seseorang yang matang mengikut pentafsiran konservatif kini dianggap sebagai tidak cool atau skema? bagaimana sebenarnya gaya pemikiran atau falsafah yang dipegang anak muda sekarang? bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saya setuju keyataan saudara - kematangan sebenarnya bersifat subjektif.
bagaimana pula kematangan dalam arena pendemokrasian???
matang dan cool?
pentafsiran yang paling 'matang' untuk maksud di atas adalah :tidak emosional dalam tindakan dan pemikiran; seterusnya meletakkan sesuatu hak di tempatnya. Provokasi di minda yang keterlaluan lantas menutup kewarasan merupakan pemusnah kematangan.
Post a Comment