Friday, March 13, 2009

corak pemikiran Sun Tzu

Filasuf dan strategist besar dunia sun tzu mengungkapkan senjata paling ampuh semasa peperangan adalah strategi. Karya art of war atau seni berperang merupakan suatu bacaan wajib bagi tokoh-tokoh besar dunia, panglima perang termasuk ahli-ahli perniagaan berstatus billionaire. Karya ini mempengaruhi pemikiran dan tindakan pembacanya. Idea sun tzu memberikan pengaruh besar kepada genghis khan dalam meluskan empayar taklukannya. Begitu juga dengan Napoleon yang mempelajari buku ini daripada para rahib yang menterjemah dari bahasa cina. Di tahun 1991, dalam operasi Desert Storm dan Desert Shield di kawasan Teluk, setiap anggota Marinir Amerika memiliki dan mempelajari buku strategi perang Sun Tzu.

Strategi memberikan suatu panduan yang memandu manusia mencapai sesuatu. Strategi dilakukan dengan pelbagai cara. Untuk merangka strategi yang berkesan itu memerlukan kekuatan fikrah atau berfikir pada kadar maksima dan menilai dari semua sudut. Strategi yang berkesan sebenarnya memerlukan seseorang melakukan penelitian yang terlalu rapi, merangka dengan sistematik, mengatasi kelemahan, handal menggunakan peluang , dan bijak menjangka masa depan. Strategi juga boleh berupa muslihat. Dalam peperangan strategi yang berkesan sama sekali tidak dapat dijangka oleh lawan. Strategi muslihat akan menyebabkan lawan terleka dan menganggap sesuatu yang tidak wujud itu sebagai wujud dan sesuatu yang wujud itu sebagai tidak wujud, sesuatu yang dekat itu dianggap jauh, sesuatu yang jauh itu dianggap dekat. Strategi yang baik adalah suatu strategi yang sukar dijangka dan orang langsung tidak merasakan bahawa itu adalah strategi.

Karya sun tzu ini adalah bacaan wajib seluruh umat manusia. tanpa ragu, pemikiran sun tzu cukup dinamik bila melihat corak penulisan beliau dalam karya ini.. strategi sun tzu tetap relevan walau telah merentasi rentang 25 abad.

3 comments:

Chris Kooi Wei Kit 郭韦杰 said...

strategi sun tzu boleh digunakan dlm apa-apa perkara termasuk memikat perempuan...gheehheeee

joe said...

hebat jugak buku ni..
http://bengkelcatkereta.blogspot.com

Hilman Idham said...

hebat...tp akhirnya china kalah dalam usaha mengekalkan nilai-nilai tradisi kepada barat. Pembukaan pelabuhan ternyata membuatkan China tewas apabila kemasukan barat...bleh bce plak the Intellectual in China...LUN YU juga tidak kurang hebatnya tentang pemikiran KungFu Tze..