Monday, March 30, 2009

Pemikiran Rasional

Rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai kecendurangan dalam memberikan pendapat yang terlampau dipengaruh dengan sentimen kepartian. Sebagai contoh, kebanyakan penyokong Pakatan rakyat akan menyokong segala pendapat pemimpinnya dan menolak bulat-bulat pendapat pemimpin Barisan Nasional. Begitu juga sebaliknya. Kita tidak terbuka untuk menilai idea pihak lain. Kita merasakan hanya pihak yang kita sokong sahaja betul. Ini pemikiran di bawah tempurung yang menyekat kebebasan berfikir. Kadangkala bila kita menyokong pendapat Anwar, kita akan dilabel pembangkang dan pengkhianat kepada kerajaan. Bila kita menyokong pendapat Mahathir orang akan melabel kita orang UMNO. Bilamana seorang pemimpin pembangkang menyatakan sokongan kepada idea kerajaan, dia akan dianggap mahu melompat parti.

Penyokong kuat Mahathir sama sekali menentang dan tidak boleh menerima walau satu idea dan pendapat Anwar. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu , kebanyakan rakyat Malaysia memberikan pendapat tentang suatu isu dipengaruhi oleh sentiment kepartian. Ini menghalang kita berfikir secara terbuka. Lihat shaja media. Utusan Malaysia semua mengampu kerajaan dan mencela pembangkang. Harakah hampir seratus peratus mengkritik kerajaan seolah olah semua yang dibuat salah. pas dikatakan memperjuangkan kebebasan media tetapi harakah juga tidak tebuka sebenarnya. Barangkali mengikut contoh utusan dan berita harian. Sebab itu, dalam soal pendapat kita harus terbuka dan rasional. jangan anggap orang yang menentang sesuatu idea kerajaan, terus akan dilabel sebagai pembangkang. Isu PPSMI umpamanya, a samad said yang menentang idea tersebut akan dituduh sebagai orang pembangkang dan penyokong pakatan rakyat. Ini budaya pemikiran tertutup dan jumud.

2 comments:

Hilman Idham said...

maka pulanglah sebagai sebuah jiwa yang merdeka!! cermin tidak bisa membias sosok yang lain dan siapa yg rasional???

Faiz.Zahadi said...

saya setuju...
apa sahaja perkara walaupun picisan mesti mahu dibangkitkan oleh pembangkang, walaupun ada banyak perkara lain yang perlu dijadikan prioriti.
manakala, pihak kerajaan kadangkala lupa tentang soal kebajikan rakyat, sibuk mengejar kemajuan fizikal dan material negara.
mindset masyarakat sangat tertutup. pabila kita mengkritik, dituduh pembangkang. pabila menyokong, dilabel pro-kerajaan. bukankah dari kritikan merangsang kemajuan dan memacu ke arah keharmonian sejagat? krirtikan bukan kritikan picisan yea!